Akaun smartklik.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sumbangan/Waqaf Video Doa Harian

Sumbangan/Waqaf Video Doa Harian




Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih berikan saya dan anda semua peluang untuk terus berbakti pada Islam. Bagi mereka yang sudah join video doa harian saya di chanel telegram saya ucapkan tahniah dan semoga beroleh ilmu yang bermanfaat. Bagi mereka yang belum join dan teringin sangat nak join boleh terus KLIK SINI untuk join, ianya percuma sahaja. Cuma pastikan anda sudah download apps telegram di telefon pintar anda.

Tujuan saya membuat borang sumbangan atau waqaf ini untuk berikan anda semua peluang membuat amal jariah. Saya sangat mengalu-alukan sumbangan/waqaf anda semua agar saya dapat memberikan tumpuan penuh pada proses membuat video doa harian secara interaktif tanpa perlu memikirkan soal kos pemasaran dan sebagainya. Ini bagi melancarkan projek ini dimana saya target untuk hasilkan paling kurang 1-3 doa dalam masa sehari. 

Semua bentuk sumbangan dan waqaf akan saya gunakan sepenuhnya untuk pemasaran sama ada dalam bentuk offline mahupun online, pembelian buku-buku, pembelian peralatan seperti microphone, software dan ilmu yang saya sendiri akan upgrade bagi menghasilkan video yang lebih berkualiti dan berguna pada masyarakat.

Moga segala usaha kita semua dirahmati oleh Allah swt dan agar dengan kerja dakwah ini menjadi asbab kita beroleh redho Allah di hari akhirat kelak, amin.. saya akhiri dengan jutaan terima kasih atas segala sumbangan kalian dan Allah sahajalah yang mampu membalas segala jasa baik anda. Wassalam.




Dakwah tanggungjawab kita semua,

Imam Muda Aizat