Mengaji Semudah AEIOU & Video Highlighter Tajwid Juz 30

Mengaji Semudah AEIOU & Video Highlighter Tajwid Juz 30
NAK BELAJAR BACA AL-QURAN BERTAJWID CARA SIMPLE MACAM DALAM VIDEO NI?







Assalamualaikum wbt..

Nama saya Zamir Aizat, boleh panggil Imam Muda Aizat atau Aizat pun boleh. Saya pengasas teknik mengaji semudah AEIOU. Kepakaran saya ialah membantu tuan/puan dapat membaca al-Quran dalam masa yang singkat. Rekod terpantas saya mengajar murid dewasa saya ialah 16 jam masa pembelajaran (16 kali bertemu dan dia sudah mampu membaca al-Quran - semua dengan izin Allah).

Video ini sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa yang tidak mempunyai masa untuk ke kelas pengajian. Walaubagaimanapun tuan/puan masih dinasihatkan agar pergi mencari guru/ustaz yang berdekatan dengan tempat kediaman anda kerana proses belajar al-Quran tidak akan lengkap tanpa ada face to face dengan guru. Macam Nabi SAW juga bertalaqqi terus dengan Malaikat Jibrail kan??

Jom scroll bawah untuk lihat apa yang saya sediakan dalam video recording saya..

Saya ada sediakan 17 Pelajaran penting (asas + pro) dalam video saya. Lihat bawah lagi untuk saya terangkan lagi secara khusus apa yang bakal tuan/puan akan pelajari..


Jadi apa yang tuan/puan akan belajar melalui video ni?

Pengenalan Asas: Kenali bentuk huruf-huruf hijaiyyah (belajar kenal beza huruf arab di dalam al-Quran dan juga huruf jawi)

Pelajaran 1: Anda akan mempelajari mengenali huruf-huruf yang berbaris atas. Di sini anda akan mengetahui point penting dalam sebutan sebenar bagi huruf baris atas di mana ia sebenarnya mempunyai 2 jenis bunyi sama ada melalui vokal berbunyi A atau O
(ini sangat penting untuk diketahui kerana ianya ada berkaitan dengan makhraj huruf - tempat keluar huruf)

Pelajaran 2: Mempelajari mengenali dan menyebut huruf-huruf yang berbaris di bawah (ini ada berkaitan dengan vokal berbunyi I)

Pelajaran 3: Mempelajari mengenali dan menyebut huruf-huruf yang berbaris hadapan (ini ada berkaitan dengan vokal berbunyi U)

Pelajaran 4: Mempelajari mengenali huruf-huruf hijaiyyah ketika mana ianya bersambung menjadi perkataan di dalam al-Quran sama ada di permulaan, di pertengahan atau di hujung sesuatu kalimah (ini sangat penting untuk anda ketahui sebab ramai masih keliru ketika huruf-huruf hijaiyyah ini bersambung antara satu sama lain kerana ada di antara huruf-huruf ini akan bertukar rupa atau bentuk ketika bersambung)


Pelajaran 5: Mempelajari mengenali tanda bacaan panjang (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali bentuk bacaan panjang yang kadangkala kita tidak tahu berapa harakat kita harus panjangkan bacaan sesuatu tanda di dalam al-Quran)


Pelajaran 6: Mempelajari mengenali bacaan bertanwin atau baris dua (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali tanwin dan cara bacaannya, ianya ada berkaitan dengan vokal A,O,I,U dan juga konsonan huruf N)

Pelajaran 7: Mempelajari mengenali bacaan huruf yang mati - tidak berbaris (dalam pelajaran ni sangat penting untuk mengetahui huruf-huruf yang mati memantul dan tidak memantul)

Pelajaran 8: Mempelajari mengenali bacaan huruf yang bersabdu (kenali tandanya dan bunyinya sama ada perlu didengungkan atau tidak. Ini sangat penting untuk memastikan kualiti bacaan wajibul ghunnah)

Pelajaran 9: Mempelajari mengenali bacaan alif lam at-ta'rif (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengetahui cara bacaan alif atau lam at-ta'rif ini dan ketika mana perlu di skip bacaan alif atau lam ni)

Pelajaran 10: Mempelajari mengenali bacaan lafaz al-jalalah (Allah) (saya akan tunjukkan cara yang betul menyebut kalimah Allah ketika mana ianya perlu dibaca dengan vokal A dan ketika mana ianya perlu dibaca dengan vokal O. Ini sangat penting bagi mendapatkan bacaan al-Quran yang mantap)


Pelajaran 11: Mempelajari mengenali bacaan hamzah wasol (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk membariskan hamzah wasol yang kebiasaannya kita keliru sama ada hendak dibariskan ke bawah, ke atas atau ke depan)


Pelajaran 12: Mempelajari mengenali cara memberhentikan sesuatu bacaan (pelajaran ini sangat penting bagi membantu anda kenalpasti cara sebetulnya memberhentikan sesuatu bacaan tanpa perlu mencacatkan bacaan anda)






Pelajaran 13: Mula membaca surah al-Fatihah (pada tahap atau level ni, anda akan sangat jelas dengan apa yang saya ajarkan dari pelajaran 1 sampai 12. Bila anda sudah betul-betul menguasai 12 pelajaran sebelum ni, keyakinan bacaan anda pasti akan bertambah)

Pelajaran 14: Mempelajari mengenali sebutan huruf-huruf hijaiyyah (ini sangat penting dalam membantu anda membaca sebahagian awal-awal surah al-Quran yang tidak berbaris seperti ALIM LAM MIM, ALIF LAM RO, TOHA, YAA SIN, NUN & sebagainya)


Pelajaran 15: Mempelajari mengenali tanda asas tajwid di dalam Rasm Uthmani (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali tanda-tanda tajwid tanpa perlu dihafal. Bila perlu didengung, bila tidak perlu, bila perlu dimasukkan + dengung dan sebagainya)

Pelajaran 16: Mempelajari mengenali tanda-tanda waqof (berhenti) di dalam al-Quran (saya akan tunjukkan cara untuk anda mengetahui tanda-tanda yang terdapat dalam al-Quran. Bila masa sesuai untuk berhenti, disambung bacaan & dilarang untuk berhenti. Ini semua penting bagi memperelokkan dan mengurangkan anda daripada membuat kesilapan ketika membaca al-Quran nanti)

Pelajaran 17: Membaca surah al-Baqoroh (pada pelajaran terakhir di dalam video ini kita akan baca bersama-sama surah al-Baqoroh dari ayat 1 sehingga ayat 19. Pada masa ini saya sangat yakin anda pasti akan boleh membaca al-Quran tanpa perlu mengingati hukum-hukum tajwid tetapi bacaan anda sudahpun bertajwid)


Siapa saya ni yang nak berkongsi ilmu dengan tuan/puan?

  • Johan hafazan peringkat negeri Selangor sebanyak 2 kali
  • Tempat ke-3 hafazan peringkat kebangsaan
  • Mempunyai bacaan al-Quran bersanad (sampai sehingga Rasulullah SAW) - di ambil di Mesir ketika menuntut di sana.
  • 24 Top Finalis Imam Muda musim ke-3

10 Sebab kenapa anda mesti dapatkan video pengajian ini:

1. Video interaktif berkualiti HD, manakala kualiti audio sangat jelas kerana saya gunakan specific mic khas untuk recording.
2. Hanya perlukan handphone atau laptop.
3. Video yang ringkas tapi padat. Senang untuk lihat berulangkali.
4. Boleh download bila-bila masa untuk tatapan berulangkali.
5. Tidak perlukan data internet selepas sudah memuat turun video tersebut.
6. Terdapat buku dalam bentuk pdf (sila print sebelum mempelajari melalui video-video ini) Juga terdapat latihan bagi setiap pelajaran, proses ini penting supaya anda faham dengan apa yang anda pelajari.
7. Terdapat juga nota ringkas bagi memudahkan anda print dan buat rujukan semasa membaca al-Quran nanti.
8. Ada group support di dalam FB. Boleh tanya saya sekiranya ada apa jua soalan yang kurang jelas mengenai video ini.
9. Ada bonus tambahan yang akan saya update dari semasa ke semasa dalam group seperti doa-doa harian, zikir-zikir dan sebagainya (semuanya akan di upload dalam bentuk video interaktif dan akan dibaca sendiri oleh saya - ini bagi memudahkan pelajar-pelajar saya mempelajari walau di manapun mereka berada)
10. Tiada bayaran bulanan, one time payment sahaja (sangat berbaloi-baloi)


Apa kata mereka yang sudah mempelajari melalui video saya?



==============================
Antara testimoni pelajar-pelajar saya
==============================

Testimoni oleh puan Hazimas Hamzah,
"Seolah-olah ada guru di depan saya walaupun belajar melalui video sahaja"

Komen cikpuan Noramera,
"Penerangan sangat jelas, kualiti video dan audio sangat bagus!"

Testimoni oleh puan Suraya
"Alhamdulillah dapat perbetulkan makhraj huruf saya dengan mudah. Ingatkan saja-saja ustaz namakan AEIOU rupa-rupanya ada rahsia disebalik ini. Terima Kasih ustaz!"



Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk mempelajarinya?


Harga sebenar untuk rakaman video yang mengambil masa selama 6 bulan untuk dihasilkan ini mungkin boleh saya katakan tidak ternilai. Nilai sebenar video ini ialah RM130 tetapi saya tidak mahu anda bayar dengan nilai tersebut kerana saya nak jadikan semua orang mampu untuk memiliki dan mempelajari al-Quran ini pada kadar yang terbaik.

Dengan setiap pembelian video ini juga ada Money Back GuaranteeDalam masa 30 hari sekiranya anda merasakan video ini tiada manfaat boleh terus mesej saya. Saya akan pulangkan duit anda semula. (syarat mesti dah tonton semua video saya)

Ya.. Baiklah, saya berminat nak dapatkan video ini. Berapa harganya? Ok sekarang ni saya ada tawarkan 2 pakej dimana:

1. Video Mengaji Semudah AEIOU - ini pakej pertama ni untuk yang tidak ada basic mengaji/nak tingkatkan kualiti bacaan (nak lebih kenal tanda-tanda penting dalam al-Quran Rasm Uthmani) Saya akan masukkan ke dalam secret group di dalam FB setelah anda buat tempahan. Boleh buat tempahan sehingga 3 orang (ada diskaun) Mana tau nak belanja dan dapat saham waqaf untuk kenalan anda.

2. Video Highlighter Tajwid Juz 30 - pakej ni saya buat untuk yang nak ulangkaji bacaan dan perbaiki mutu bacaan melalui video highlighter tajwid (macam video di atas tadi) bagi juz 30 atau lebih dikenali dgn juz Amma - saya akan invite masuk dalam group secret TELEGRAM (make sure anda ada telegram jika nak join pakej 2 ni ye). Cuma video ini belum lengkap sepenuhnya dan tiap hari saya akan siapkan dari satu surah ke satu surah, kerana nak buat video begini agak rumit dan makan masa. Walaubagaimanapun anda tidak perlu risau kerana jika anda sudah di invite ke dalam channel telegram anda tidak akan terlepas video-video terkini yang saya hasilkan.

Boleh lihat contoh seperti gambarajah di bawah bagaimana video highlighter tajwid ini dapat membantu anda memperbaiki dan tingkatkan lagi kualiti bacaan al-Quran, malah disertakan lagi hukum-hakam tajwid agar memudahkan anda untuk mengulangkaji ilmu tajwid.


Contoh ayat pertama surah an-Naas 



Contoh ayat pertama surah al-Falaq



Contoh ayat pertama surah al-Ikhlas




Contoh ayat pertama surah al-Masad


Contoh ayat pertama surah al-Nasr




Contoh ayat pertama surah al-Kafirun


Bagaimana? Mudah bukan jika membaca al-Quran begini? Cepat rebut peluang sebelum saya naikkan harga jualan dan sebelum harga offer di tutup. Peluang hanya datang sekali..


Cara untuk dapatkan?

Mohon lengkapkan butiran di bawah: 

1. Klik bahagian kuantiti 
3. Klik seterusnya
4. Pilihan cara pembayaran (paypal, senangpay, kredit kad, debit kad, mesin deposit tunai dll.)
5. Selepas buat pembayaran, simpan resit bukti bayar ok? Jangan berdiam diri pulak ye, sebab nanti takut saya terlepas pandang, kemudian sila direct PM saya <-- KLIK SINI 

*MAKLUMAT PENTING - Tiada penghantaran dvd akan dilakukan. Anda akan terus di bawa masuk sama ada ke secret group di dalam FB ataupun TELEGRAM dan anda akan diberikan link video di sana. Sila pastikan anda memberikan saya emel yang digunakan untuk login ke dalam akaun facebook. Harap maklum. 


Salam ukhuwah daripada saya,














Imam Muda Aizat 
Pengasas Mengaji Semudah AEIOU
www.mengajiaeiou.com



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Video Mengaji Semudah A.E.I.O.U
Video Highlighter Tajwid Juz 30 (Juz Amma)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)