NAK BELAJAR BACA AL-QURAN BERTAJWID CARA SIMPLE MACAM DALAM VIDEO NI?
Assalamualaikum wbt..
Nama saya Zamir Aizat, boleh panggil juga dipanggil Ustaz Aizat. Saya pengasas teknik mengaji semudah AEIOU. Kepakaran saya ialah membantu tuan/puan dapat membaca al-Quran dalam masa yang singkat.
Video ini sesuai untuk ditonton oleh golongan dewasa yang tidak mempunyai asas mengaji dan tidak punya masa untuk ke kelas pengajian, lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda wabak covid-19. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jadikan fasa PKP ini untuk kita lebih dekatkan diri dengan al-Quran kerana Rasulullah SAW bersabda akan kelebihan membaca al-Quran:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: ”Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
Riwayat al-Tirmizi (2910). Beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan
2) Daripada Abu Umamah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu semua membaca al-Qur’an, sesungguhnya al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.”
Jadi sebenarnya kita ini belajar mengaji untuk diri kita sendiri kerana di akhirat kelak tiada siapa boleh membantu kita melainkan al-Quran sebagai pelindung kita dan syafaat Nabi Muhammad SAW.
Pernah rasa malu dan sedih tidak pandai baca al-Quran ketika mana salah seorang ahli keluarga kita meninggal dunia? Sampai bila kita nak macam ni? Jom sama-sama ubah nak?
Jadi kat bawah ni saya ada sediakan 17 Pelajaran penting (asas + pro) dalam video saya. Lihat bawah lagi untuk saya terangkan lagi secara khusus apa yang bakal tuan/puan akan pelajari..
Jadi apa yang tuan/puan akan belajar melalui video ni?
Pengenalan Asas: Kenali bentuk huruf-huruf hijaiyyah (belajar kenal beza huruf arab di dalam al-Quran dan juga huruf jawi)
Pelajaran 1: Anda akan mempelajari mengenali huruf-huruf yang berbaris atas. Di sini anda akan mengetahui point penting dalam sebutan sebenar bagi huruf baris atas di mana ia sebenarnya mempunyai 2 jenis bunyi sama ada melalui vokal berbunyi A atau O
(ini sangat penting untuk diketahui kerana ianya ada berkaitan dengan makhraj huruf - tempat keluar huruf dan disinilah teknik penting untuk jadikan bacaan bunyi melayu kita selama ni menjadi macam bacaan imam masjidil haram..wow best ni)
Pelajaran 2: Mempelajari mengenali dan menyebut huruf-huruf yang berbaris di bawah (ini ada berkaitan dengan vokal berbunyi I)
Pelajaran 3: Mempelajari mengenali dan menyebut huruf-huruf yang berbaris hadapan (ini ada berkaitan dengan vokal berbunyi U)
Pelajaran 4: Mempelajari mengenali huruf-huruf hijaiyyah ketika mana ianya bersambung menjadi perkataan di dalam al-Quran sama ada di permulaan, di pertengahan atau di hujung sesuatu kalimah (ini sangat penting untuk anda ketahui sebab ramai masih keliru ketika huruf-huruf hijaiyyah ini bersambung antara satu sama lain kerana ada di antara huruf-huruf ini akan bertukar rupa atau bentuk ketika bersambung)
Pelajaran 5: Mempelajari mengenali tanda bacaan panjang (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali bentuk bacaan panjang yang kadangkala kita tidak tahu berapa harakat kita harus panjangkan bacaan sesuatu tanda di dalam al-Quran. Bacaan panjang ni merangkumi baris atas, baris bawah dan baris hadapan)
Pelajaran 6: Mempelajari mengenali bacaan bertanwin atau baris dua (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali tanwin dan cara bacaannya, ianya ada berkaitan dengan vokal A,O,I,U dan juga konsonan huruf N - serta penting untuk ketahui tanwin atas, bawah dan depan)
Pelajaran 7: Mempelajari mengenali bacaan huruf yang mati - tidak berbaris (dalam pelajaran ni sangat penting untuk mengetahui huruf-huruf yang mati memantul dan tidak memantul)
Pelajaran 8: Mempelajari mengenali bacaan huruf yang bersabdu (kenali tandanya dan bunyinya sama ada perlu didengungkan atau tidak. Ini sangat penting untuk memastikan kualiti bacaan wajibul ghunnah)
Pelajaran 9: Mempelajari mengenali bacaan alif lam at-ta'rif (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengetahui cara bacaan alif atau lam at-ta'rif ini dan ketika mana perlu di skip bacaan alif atau lam ni)
Pelajaran 10: Mempelajari mengenali bacaan lafaz al-jalalah (Allah) (saya akan tunjukkan cara yang betul menyebut kalimah Allah ketika mana ianya perlu dibaca dengan vokal A dan ketika mana ianya perlu dibaca dengan vokal O. Ini sangat penting bagi mendapatkan bacaan al-Quran yang mantap)
Pelajaran 11: Mempelajari mengenali bacaan hamzah wasol (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk membariskan hamzah wasol yang kebiasaannya kita keliru sama ada hendak dibariskan ke bawah ke, ke atas ke atau ke depan untuk permulaan bacaan sesuatu ayat - seperti contoh gambar di bawah)
Pelajaran 12: Mempelajari mengenali cara memberhentikan sesuatu bacaan (pelajaran ini sangat penting bagi membantu anda kenalpasti cara sebetulnya memberhentikan sesuatu bacaan tanpa perlu mencacatkan bacaan anda)
Pelajaran 13: Mula membaca surah al-Fatihah (pada tahap atau level ni, anda akan sangat jelas dengan apa yang saya ajarkan dari pelajaran 1 sampai 12. Bila anda sudah betul-betul menguasai 12 pelajaran sebelum ni, keyakinan bacaan anda pasti akan bertambah)
Pelajaran 14: Mempelajari mengenali sebutan huruf-huruf hijaiyyah (ini sangat penting dalam membantu anda membaca sebahagian awal-awal surah al-Quran yang tidak berbaris dan kadar panjang bagi tiap-tiap huruf seperti ALIM LAM MIM, ALIF LAM RO, TOHA, YAA SIN, NUN & sebagainya)
Pelajaran 15: Mempelajari mengenali tanda asas tajwid di dalam Rasm Uthmani (saya akan tunjukkan cara paling simple untuk mengenali tanda-tanda tajwid tanpa perlu dihafal. Bila perlu didengung, bila tidak perlu, bila perlu dimasukkan + dengung dan sebagainya)
Pelajaran 16: Mempelajari mengenali tanda-tanda waqof (berhenti) di dalam al-Quran (saya akan tunjukkan cara untuk anda mengetahui tanda-tanda yang terdapat dalam al-Quran. Bila masa sesuai untuk berhenti, disambung bacaan & dilarang untuk berhenti. Ini semua penting bagi memperelokkan dan mengurangkan anda daripada membuat kesilapan ketika membaca al-Quran nanti)
Pelajaran 17: Membaca surah al-Baqoroh (pada pelajaran terakhir di dalam video ini kita akan baca bersama-sama surah al-Baqoroh dari ayat 1 sehingga ayat 19. Pada masa ini saya sangat yakin anda pasti akan boleh membaca al-Quran tanpa perlu mengingati hukum-hukum tajwid tetapi bacaan anda sudahpun bertajwid)
Siapa saya ni yang nak berkongsi ilmu dengan tuan/puan?
- Johan hafazan peringkat negeri Selangor sebanyak 2 kali
- Tempat ke-3 hafazan peringkat kebangsaan
- Mempunyai bacaan al-Quran bersanad (sampai sehingga Rasulullah SAW) - di ambil di Mesir ketika menuntut di sana.
- 24 Top Finalis Imam Muda musim ke-3
- Mempunyai tauliah mengajar al-Quran daripada JAIS
8 Sebab kenapa anda mesti dapatkan video pengajian ini:
1. Video interaktif berkualiti HD, manakala kualiti audio sangat jelas kerana saya gunakan specific mic khas untuk recording.
2. Hanya perlukan handphone atau laptop.
3. Video yang ringkas tapi padat. Senang untuk lihat berulangkali.
4. Boleh download bila-bila masa untuk tatapan berulangkali.
5. Tidak perlukan data internet selepas sudah memuat turun video tersebut.
6. Terdapat buku dalam bentuk pdf (sila print sebelum mempelajari melalui video-video ini) Juga terdapat latihan bagi setiap pelajaran, proses ini penting supaya anda faham dengan apa yang anda pelajari.
7. Terdapat juga nota ringkas bagi memudahkan anda print dan buat rujukan semasa membaca al-Quran nanti.
8. Tiada bayaran bulanan, one time payment sahaja (sangat berbaloi-baloi)
Apa kata mereka yang sudah mempelajari melalui video saya?
==============================
Antara testimoni pelajar-pelajar saya
==============================
Testimoni oleh puan Hazimas Hamzah,
"Seolah-olah ada guru di depan saya walaupun belajar melalui video sahaja"
Komen cikpuan Noramera,
"Penerangan sangat jelas, kualiti video dan audio sangat bagus!"
Testimoni oleh puan Suraya
"Alhamdulillah dapat perbetulkan makhraj huruf saya dengan mudah. Ingatkan saja-saja ustaz namakan AEIOU rupa-rupanya ada rahsia disebalik ini. Terima Kasih ustaz!"
Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk mempelajarinya?
Harga sebenar untuk rakaman video yang mengambil masa selama 6 bulan untuk dihasilkan ini mungkin boleh saya katakan tidak ternilai. Nilai sebenar video ini ialah RM297 tetapi saya tidak mahu anda bayar dengan nilai tersebut kerana saya nak jadikan semua orang mampu untuk memiliki dan mempelajari al-Quran ini pada kadar yang terbaik.
Dengan setiap pembelian video ini juga ada Money Back Guarantee. Dalam masa 30 hari sekiranya anda merasakan video ini tiada manfaat boleh terus mesej saya. Saya akan pulangkan duit anda semula. (syarat mesti dah tonton semua video saya)
Ya.. Baiklah, saya berminat nak dapatkan video ini. Berapa harganya?
BUKAN RM297
BUKAN RM197
BUKAN RM150
Hanya RM120 tetapi..saya nak beri lagi diskaun pada 100 orang terawal untuk dapatkan dengan harga RM80 sahaja.
YA Hanya RM80 sahaja!!
Cara untuk dapatkan?
Mohon lengkapkan butiran di bawah:
1. Klik bahagian kuantiti
3. Klik seterusnya
4. Pilihan cara pembayaran (paypal, senangpay, kredit kad, debit kad, mesin deposit tunai dll.)
5. Selepas buat pembayaran, simpan resit bukti bayar ok? Jangan diam pulak ye, sebab nanti takut saya terlepas pandang, kemudian sila direct PM saya <-- KLIK SINI
*MAKLUMAT PENTING - Tiada penghantaran dvd akan dilakukan. Hanya berikan email dan anda akan diberikan link video di sana. Sila pastikan anda memberikan saya emel yang aktif. Harap maklum.
Salam ukhuwah daripada saya,
Imam Muda Aizat
Pengasas Mengaji Semudah AEIOU
Follow IG @mengajiaeiou